Other Performing Arts

“Apa perasaan pemakai maskot?”

Berikut merupakan catatan Daia Johar, seorang sukarelawan dari pesta Iskarnival Kool pada tahun 2017. Dia bercerita serba sedikit tentang pengalamannya memakai maskot untuk pameran khas Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) tentang perubahan iklim.


Menyarung maskot merupakan salah satu impian saya selepas menonton muzik video Super Junior dan Girls Generation bertajuk “SEOUL” yang mempromosikan ibu negara Korea Selatan. Dalam muzik video tersebut, salah seorang anggota Girls Generation, SeoHyun, memakai maskot di kepala sahaja, sebelum KyuHyun (dari Super Junior) turut memakai maskot di kepala secara terbalik. Ketika itu, saya tertanya-tanya, apa perasaan pemakai maskot?

Pameran ‘Khabar Dari Antartika’ oleh YPASM telah menyaksikan lebih 40 arca penguin di Puteri Harbour, Johor pada tahun 2017.

Tiga tahun lepas, saya berjaya menjadi seorang sukarelawan bagi acara Iskarnival. Salah satu tugas sukarelawan ialah memakai maskot. Tak dapat nak gambar betapa gembiranya hati ketika itu—ye lah, hajat di hati tercapai. Maskot penguin itu sebenarnya adalah untuk memberi kesedaran berkenaan pemanasan global dan nasib si penguin jika ais terus-terusan mencair.

Dari peristiwa ini, saya sebenarnya dapat pengajaran. Ada ibu bapa yang sangat tinggi tahap kesedaran mereka. Jadi, mereka akan bercerita betapa bahayanya pemanasan global dan bagaimana mereka sekeluarga boleh menjadi salah satu ejen untuk menghentikan pemanasan global ini. Saya dengar pun melopong weh! Dan, anak anak mereka sangat berkelakuan sopan. Mereka akan datang kepada saya, dan tanya, “boleh saya ambil gambar dengan penguin?”.

Sayang sangat dengan anak-anak yang macam ini. Dan biasanya, saya akan peluk mereka sambil berborak tentang betapa bahayanya pemanasan global ini. Saya ingat lagi salah seorang anak ini bertanya kepada ibunya. “Ibu, jika penguin tiada tempat tinggal, boleh mereka tinggal di rumah kita?” Ah sudah! Tapi, ibu tersebut menjawab dengan penuh sabar dan tidak sesekali mengetawakan soalan anaknya. Memang terpegun sekejap dengan keluarga tersebut. Ayah dia pun tolong sekali menjawab. Memang hormat habis!

Saya berharap, satu hari nanti, selepas ancaman COVID-19 ini berakhir, saya berpeluang untuk menyarungkan maskot sekali lagi. Sekadar untuk menggembirakan kanak-kanak dan memberi harapan kepada mereka bahawa dunia ini penuh dengan kegembiraan jika mereka pilih untuk melihatnya.


Ikuti Iskarnival di Facebook dan lawati laman web rasmi YPASM untuk maklumat lanjut tentang aktiviti-aktiviti pelestarian alam mereka. Catatan ini telah disunting oleh The Daily Seni, versi asal boleh dilihat di Facebook. Gambar-gambar dari rencana ini diambil dari Facebook.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: