Music News

Estranged keluarkan lagu terbaru, ‘Milik Ku’ melalui CD sahaja

Pada 15 September 2018, sempena perayaan Hari Malaysia, Estranged telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Milik Ku.

Kumpulan Estranged juga telah sebulat suara membuat keputusan bahawa single ini tidak akan di muat turun dalam platform Spotify atau YouTube. Single Milik Ku akan hanya dijual melalui CD atau boleh dibeli melalui laman Facebook Estranged.

Keputusan ini dibuat kerana Estranged percaya bahawa Spotify dan YouTube tidak memberi pulangan yang menusabah langsung kepada artis bebas yang telah berusaha untuk menghasilkan karya dan membuat rakaman.

Rich selaku vokalis kumpulan ini berkata, “Kami hanya percayakan hasilĀ  melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifatĀ  lebih peribadi. Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah memento daripada Estranged.”

Din menegaskan bahawa keputusan ini dibuat kerana kumpulan ini merasakan melalui jaringan Spotify dan YouTube tidak dapat memberi sebarang pulangan yang lumayan.

Spotify membayar sebanyak $0.006 (RM0.025) hingga $0.0084 (RM0.035) untuk setiap strim kepada pemegang hak sesebuah muzik. Definisi sebenar ‘pemegang hak muzik’ boleh diagihkan kepada label rakaman, produser, penyanyi, pemuzik dan komposer, menunjukkan bahawa jumlah mainan lagu amat penting. (CNBC.com)

” Kita banyak lagu tapi tiada duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan,” ujar Din ralat.

Hasil dari keputusan yang diambil, CD mereka terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang berlangsung 15 September 2018.


Ikuti Estranged di Facebook, Twitter dan Instagram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: