Uncategorized

Puisi ialah Lapangan Pergelutan

“Puisi (poetry) adalah tempat berlindung untuk logika yang berfungsi.” kata Jacques Maritain bila membincangkan perbezaan dan perkaitan antara pengalaman mistik dan puitika.

maritain_jacquesKebanyakan orang mengadu yang puisi sukar untuk dinikmati kerana kebanyakan puisi muthakir ini – kata mereka – terlalu kabur. Perlambangannya (simbolismenya) tidak masuk akal dan segala kata-kata seakan dilempar secara rawak di atas kertas dalam baris-baris pendek, menjadi sebuah puisi.

Ada kesilapan pembacaan di sini. Kesilapannya ialah membaca puisi dengan pembacaan prosa.

Kita membaca puisi dengan perasaan. Maka kita mendengarnya dan menikmatinya juga dengan perasaan. Dan perasaan ini boleh timbul semudah-mudahnya dengan bunyi kata-kata yang disusun harmonis, sama ada diucap bebas atau sendiri. Di sini kenikmatan kita tertumpu kepada melodi kata yang tidak memerlukan pemahaman akan makna kata.

Kekuatan puisi adalah pada pengucapan; pintu utamanya adalah melodi bunyi. Pintu ini yang menjemput pendengar atau pembaca puisi untuk masuk bersama-sama mendaki ke puncak nikmat yang lebih tinggi. Masuk sahaja di kamar ini, tiada kerehatan; payah, dan meletihkan. Namun kesukaran ini adalah kesukaran yang direlakan. Untuk menikmati sesuatu seseorang tidak wajar menjadi pasif, mengharapkan puisi memenuhi segala tuntutannya; harus ada aktiviti dan tindakan dari pihaknya untuk mengecapi kenikmatan itu.

Saya bersetuju dengan Ahmad Muziru yang selipar-selipar logika perlu ditinggalkan di pintu ini. Namun bukan selipar logika seluruhnya – akan tetapi logika empirikal, logik diskursif serta logika keras Scientism. Jika dimasuki juga kamar itu dengan selipar-selipar ini nescaya didalam kamar itu tiada apa yang boleh dilihat kecuali sebuah bilik kosong yang gelap gelita.

Sesebuah puisi tidak akan terlepas terbentuk dari satu struktur logikanya yang koheren dan jitu. Dan pengalaman dengan logika ini yang membenarkan kita merasai sebuah pengalaman puitis. Puitika puisi ini adalah melodi yang bukan ditanggapi dengan telinga tapi akal imaginasi  wujud intrinsik dalam binaan sebuah puisi. Ini yang akhirnya membezakan puisi yang bagus dan yang tidak bagus. Jadi bila dilihat daripada sudut pandang ini, tiada puisi yang sebenarnya kabur. Yang kabur mungkin cuma kaca mata kita dalam melihat sesebuah puisi.

Jika kita lihat dalam sejarah, perubahan populariti samada penggunaan atau penerimaan bentuk sastera berkait rapat dengan budaya sesebuah masyarakat dalam berfikir dan melihat dunia. Jika dahulu kita dapat lihat yang kebanyakan cara gaya penyampaian bahan sastera adalah dalam bentuk puisi dan seiring dengan kemajuan (kemunduran?) manusia dalam berfikir, lantas cara dan gaya yang dapat menggambarkan sesuatu dengan tepat akan menjadi pilihan. Prosa mendapat tempat.

Tetapi ini bukan bermakna yang keduanya tidak boleh wujud sekali.

Cara kita menanggapi terhadap kedua bentuk penyampaian ini punya perbezaan dan buat puisi, tanggapan ini semakin lama semakin terhakis – atas faktor perubahan dalam cara fikir dan tanggapan ke atas makna dan pemikiran.

Dan tiada jalan lain untuk kita benar-benar melenyapkan diri dalam pengalaman puitika ini kecuali dengan pergelutan. Pergelutan untuk cuba mengorientasikan diri kembali kepada manusia puitis yang tidak terikat dengan pengalaman inderawi sahaja yang banyak bertongkatkan pada segala yang empirikal termasuk logiknya. Sudut pemahaman yang sempit ini yang membatutkan kita dalam melihat dunia puisi yang maha luas dan bukan sekadar omong kosong yang gila dan tak berjejak. 

Puisi kata Jacques Maritain lagi benar menzahirkan dirinya pada objek inderawi dan untuk dinikmati juga oleh inderawi. Tetapi titik asalnya pada alam diluar inderawi. Dan alam ini tidak dapat dijejak dengan sewenangnya. Di situlah puncak sebenar kenikmatan sebuah puisi.


Featured image is “Pergelutan” by Aprilia Apsari.

1 comment

  1. Hanya ingin memberi respons dengan puisi ini:

    Ars Poetica (Archibald Macleish)

    A poem should be palpable and mute
    As a globed fruit,

    Dumb
    As old medallions to the thumb,

    Silent as the sleeve-worn stone
    Of casement ledges where the moss has grown—

    A poem should be wordless
    As the flight of birds.

    *

    A poem should be motionless in time
    As the moon climbs,

    Leaving, as the moon releases
    Twig by twig the night-entangled trees,

    Leaving, as the moon behind the winter leaves,
    Memory by memory the mind—

    A poem should be motionless in time
    As the moon climbs.

    *

    A poem should be equal to:
    Not true.

    For all the history of grief
    An empty doorway and a maple leaf.

    For love
    The leaning grasses and two lights above the sea—

    A poem should not mean
    But be.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: