Uncategorized

10 Perkataan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

SALAM 2017! Pada awal tahun ini, kami di The Daily Seni telah menetapkan azam baru untuk menambah tatabahasa serta mempraktikkan lebih banyak lagi perkataan bahasa Melayu baru dalam pertuturan harian kami. Ini adalah antara perkataan-perkataan baru yang kami ingin kongsikan kepada anda! (Jangan risau, kami tak tipu. Korang boleh rujuk kamus).


Hemoi

Maksud: Tidak malu-malu langsung, tebal muka

Contoh ayat: Malangya, sikap adiknya yang peramah itu dianggap sebagai bersikap hemoi 😦


Terkesiap

Maksud: Terkejut, terperanjat

Contoh ayat: Lelaki itu terkesiap apabila terserempak dengan bekas kekasihnya ketika makan angin di Hawaii.


Laklakan

Maksud: Lubang kerongkong

Contoh ayat: Cicak itu jatuh ke dalam laklakan pemuda itu apabila beliau mendongak kepalanya ke arah siling.


Lingsa

Maksud: Telur kutu yang terdapat dalam rambut

Contoh ayat: Eeee! Adinda sedar tak yang rambut adinda penuh dengan lingsa!?

*Perkataan ‘lingsa’ ini mungkin tidak terlalu praktikal untuk digunakan hari-hari, kerana jarang nak jumpa orang yang ada kutu di rambut. 🙂


Nikdap

Maksud: Berjalan mundar-mandir tanpa membuatkan sebarang pekerjaan

Contoh ayat: Uda menikdap setelah mendapat tahu bahawa aplikasi beliau untuk ke universiti telah diterima.


Prigel

Maksud: Cekap bekerja

Contoh ayat: Warga emas itu prigel berbanding rakan sekerjanya yang berumur setengah usia beliau.


Samampai

Maksud: Orang yang tinggi lampai

Contoh ayat: Si samampai itu perlu menunduk sedikit setiap kali dia melalui pintu rumahnya.


Urna

Maksud: Warna

Contoh ayat: Palet urna yang digunakan oleh pereka fesyen itu menyunting inspirasi dari pelangi.


Zulmat

Maksud: Keadaan gelap disebabkan ribut

Contoh ayat: Zulmat menyelubungi Kuala Lumpur sebelum taufan melanda.


Tunabusana

Maksud: Bogel

Contoh ayat: Banyak karya seni kontemporer klasik menampilkan subjek-subjek yang berada dalam keadaan tunabusana.


 

Untuk maklumat lanjut, rujuklah kamus, sama ada di internet ataupun di perpustakaan. Semoga berjaya! 🙂

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: