Film & TV Movie

Ulasan filem: Ghairah, mendebarkan dan mengejutkan, filem ‘Pekak’ bakal mencetuskan fenomena

Dalam tahun yang telah menyaksikan rilisan-rilisan hebat seperti Ola BolaJagat dan BoBoiBoy The Movie, bagai tamak pula jika kami harapkan lebih lagi filem-filem tempatan yang berkualiti. Namun begitu, tuah masih menyebelahi sutradara baru Mohd Khairul Azri (Kroll Azry) dari PhuturePhlow yang menyajikan filem arahan sulungnya iaitu Pekak minggu hadapan.

Filem Kroll memaparkan cinta terlarang yang mekar di sebalik latarbelakang warna-warni remaja dan hedonisme. Berdasarkan sebuah cerita asal oleh Azril Hamzah dan Alfie PalermoPekak menonjol kerana ianya tidak terlalu leka untuk memberi pengajaran moral ataupun mendakwah penonton. Namun filem ini dianggap kontroversi kerana temanya berlandaskan penggunaan dadah dan seksualiti secara berani.

Screen Shot 2016-06-16 at 4.55.10 PM

Pekak mengisahkan hubungan seorang pengedar dadah yang pekak, Uda (Zahiril Adzim) dengan seorang gadis remaja, Dara (Sharifah Amani).

Dara mempunyai seorang kawan baik, Melur (Sharifah Sakinah), seorang gadis muda yang yang menjalani kehidupan dewasa selepas tamat sahaja sekolah. Melur pula menjalinkan hubungan seksual dengan Azman Picasso (Amerul Affendi), seorang penagih dadah. Turut terlibat dalam kisah ini adalah Kamil (Iedil Putra), seorang pemuda berada yang ingin meniduri Dara dan sanggup menampung keperluan Azman.

Square-Character_DARAPekak merupakan sebuah tragedi moden berdasarkan percintaan pasangan tragis — tajuk asal skripnya merupakan “Uda & Dara. Bermula sebagai sebuah kisah romantis yang mengandungi detik-detik yang lucu, ia kemudiannya berubah menjadi sebuah filem ngeri. Pekak tidak mengendahkan penilaian masyarakat terhadap watak-wataknya, sebaliknya filem ini membebaskan watak-watak ini untuk memilih haluan masing-masing selaras dengan kehidupan nyata.

Impak filem ini lebih menyerlah apabila protagonisnya diletakkan di dalam situasi-situasi genting – wujud rasa cemas apabila Dara yang naif mula rasa tercabar, dan ketika mana Azman menjadi kurang siuman di sekeliling watak-watak yang lain. Sharifah Sakinah yang pernah menonjol dalam telefilem-telefilem yang dibintanginya (Racun MenantuGirlfriend Aku Dari Neraka) pula mampu menjadi bintang filem tanah air apabila dinilai lakonannya dalam filem ini.

Pekak memaparkan strategi pemilihan pelakon yang bijak (dan selamat) kerana mengetengahkan pelakon yang dikenali ramai dan mampu membawa watak. Joe Flizzow sebagai pengedar dadah pun tidak menganggu sedikit pun jalan penceritaannya.

PEKAK -_00072

Pekak juga membawa penonton kembali sementara kepada era 90-an, sebelum pengaruh nilai-nilai konservatif meningkat dan menyebabkan wabak penapisan diri lantas menjejaskan kepelbagaian dalam industri penulisan filem tempatan. Ingat, industri filem Malaysia suatu masa dahulu pernah menghasilkan filem-filem yang lantang dan berkualiti seperti Perempuan, Isteri & Jalang (1993).

Square-Character_UDAPada terasnya, Pekak tentang cinta yang tidak kesampaian. Dibentangkan melalui skrip Kroll yang memahami secara jelas bagaimana menggunakan teknik-teknik penceritaan dan perfileman secara efektif, Pekak adalah sebuah filem yang menarik, jujur dan berani.

Turut menyerlah dalam filem ini adalah runut bunyi Loque dan penataan seni Taufiq KamalKerjasama yang bermakna dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga dihargai; beberapa adegan berunsur ngeri telah dipendekkan daripada dihapuskan sama sekali.

Walau bagaimanapun, kehilangan sedikit momentum ketika babak-babak akhir kerana urutan resolusi yang sibuk menyimpulkan kisah Uda, Dara dan Azman dalam masa yang singkat. Tetapi jangan salah faham: adegan terakhir Pekak tetap mustahil untuk padam dari ingatan.

Ada satu detik di sini yang mencadangkan bahawa penayangan berulang boleh meraih lebih lagi maklumat dan subteks – apabila pakaian ketat si Dara terkoyak di bahagian bahu, Uda menggunakan tag nama Dara sebagai pin. Adegan ini mungkin bukti keligatan otak sutradaranya, dan mungkin juga lawak semata-mata. Para penonton boleh putuskan sendiri niat sebalik detik-detik sebegini, tetapi kami tidak meragui intelek di sebalik pembikin filem ini.

Pekak dijadual diumumkan tayangan pada 1 September 2016.


Ulasan asal disunting dan diterjemahkan bersama oleh Arif Azizie, Amirul Yusof dan Deric Ect.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: