Performance Reviews

KRITIKAN TEATER : Teater atas pokok – teater ke, pokok?

TAHUN 2003, kerajaan tempatan Kuala Lumpur telah melancarkan Plan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020), suatu plan itensif daripada Plan Struktur Kuala Lumpur 1984 (PSKL1984). Plan ini bertujuan membangunkan hampir keseluruhan kawasan jajahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – termasuk kawasan tidak berpotensi dan kawasan penempatan, dengan matlamat dapat menyaingi cabaran pembangunan antarabangsa.

Kuala Lumpur yang kita lihat hari ini bukan lagi Kuala Lumpur yang asli. Kampung Rawa, kampung asal yang wujud di Kuala Lumpur pada awal kurun ke 19, telah lama dihapuskan oleh British dengan membangunkan rumah kedai untuk didiami oleh kuli-kuli lombong berbangsa Cina yang berpotensi untuk berniaga. Kini Kampung Rawa menjadi Pasar Seni (CM) dan stesen elarti Masjid Jamek.

Kemudian, kawasan yang diteroka oleh Haji Muhammad Taib bin Abdul Samad (antara peneroka Kuala Lumpur) telah menjadi sarang pelacuran sehingga nama ‘Lorong Haji Taib’ menjadi ikon pada industri pelacuran Kuala Lumpur. Sebelumnya, industri pelacuran berpusat di kawasan Masjid India (bekas Kampung Rawa) sehingga dilabelkan sebagai ‘belakang mati’.

raj17_3Hari ini, industri pelacuran yang dijalankan oleh taikun-taikun Cina, bersepah-sepah di sekitar Kuala Lumpur ini. Kawasan yang dahulunya diteroka oleh ulamak-ulamak dan pembesar-pembesar Melayu kini telah hilang berkatnya sejak diceroboh oleh British atas nama ‘pembangunan’ (sebut: penghapusan).

Rancangan atau strategi atau plan pembangunan inilah yang menjadi warisan British turun-temurun dan kini disambungkan oleh kerajaan tempatan yang berbangsa Melayu. Usaha murni plan pembangunan ini terus-menerus mahu menjarah perkampungan Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Baru dan Kampung Keramat.

Namun, ada juga kampung yang tewas. Plan pembangunan ini telah berjaya memadamkan nama Kerinchi, Abdullah Hukum, Kampung Berembang dan Segambut, digantikan pula dengan nama Bangsar South, KL Eco City, Pangsapuri Berembang Indah dan Mont Kiara.

Kawasan Sentul juga tidak terkecuali dari plan ini: Kampung Chubadak, Kampung Puah Bahagia dan Kampung Banda Dalam (kampung yang berusia lebih 150 tahun).

kg_chubadak_wahidah_1_1606

Pelaksanaan plan amat mudah. Hanya rancang di atas kertas kemudian luluskannya dengan kuasa jawatan. Setelah itu, ‘tentera-tentera bandaraya’ dengan jentera kuning mereka tanpa hati perut menyerang kampung dengan alasan “kawasan setinggan”. Jika serangan mereka ini disanggah, maka diupah pula seorang ‘komando-khianat’ untuk membakar cukup dengan sebuah rumah sewaktu orang kampung sibuk berterawih.

Dari satu atap ke satu atap, api lapar membaham rumah papan berentap-rentap sehingga hangus ranap – tinggal asap! Tersiar pula di warta berita: “dua puluh buah rumah setinggan terbakar akibat mercun atau litar pintas” – inilah antara permainan jahat ‘monsterkapitalis dan ahlul politik demi mencapai maksud yang diamanatkan British.

Atas dasar ikatan keluarga yang kukuh, mematuhi agama dan menghargai sejarah serta budaya, maka Kampung Banda Dalam dapat bertahan dari turut terkorban seperti kampung sebelahnya – Kampung Chubadak.

Tekad mereka ini sedikit sebanyak berjaya menggigilkan lutut ahlul politik dan tauke-taukeh. Namun, orang tamak sentiasa merancang strategi – tidak dapat secara kasar, mereka akan bermain secara halus – maka, hati-hatilah!


Pokok

Begitulah sedikit-sebanyak intipati kisah Teater Atas Pokok – sebuah kisah yang sangat menyayat hati dan menuntut semangat perjuangan yang maksima jika ia dapat disampaikan dengan penuh rasa bermaksud, yakni protes yang mendidik kesedaran khalayak. Sayangnya, maksud itu tidak kesampaian.

Ce2BfDoUAAAfMVd

Teater Atas Pokok berlangsung pada 16 & 17 April lalu di sebatang pokok Angsana yang terdapat di kawasan Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Persembahan ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya dan digerakkan oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) yang diterajui oleh tokoh teater tanahair, Dinsman.

Zat cerita Kampung Banda Dalam itu tadi telah ditenggelamkan oleh publisiti melampau mengenai jenama ‘teater atas pokok’. Semua yang hadir hanya mahu menyaksikan bagaimana kumpulan gila ini bermain teater di atas pokok, tanpa menonton apa yang pemikir bernama Dinsman ini hendak sampaikan.

Ini terbukti apabila sebaik sahaja persembahan selesai, para penonton menderu ke pokok Angsana untuk merakam kenangan dan cuba memanjat tali-tali yang bergantungan, seperti tidak pernah melihat pokok (selama ini pokok itu tiada siapa pun yang peduli).

FB_IMG_1461127012673Kegagalan teknikal juga tidak terkecuali dari menjadi pengganggu persembahan kisah Kampung Banda Dalam ini. Selayaknya penonton terkesan dan empati pada peristiwa penghapusan kampung-kampung warisan Melayu dengan menyatakan ‘rasa’ itu lebih, daripada memperkatakan tentang ‘pokok’ itu di ruang komen Facebook!

Ya benar, jika mahu dibandingkan dengan teater-teater ekstrem yang pernah dimainkan di Indonesia, kita di sini amat jauh ketinggalan. Di Indonesia, bukan sahaja di pokok, malah di mana-mana dan apa-apa sahaja persekitaran telah mereka eksperimen-kan sejak sekian lama. Namun persoalannya mudah, apakah persembahan mereka itu meninggalkan kesan di sanubari atau sekadar kekaguman akal sahaja yang mencari gempak, rare kepala kain dan tuntut beribu ‘like’?


Avatar

Ciri-ciri utama yang mesti ada dalam sesebuah pementasan ialah naskah (cerita) dan lakonan dan pengarahan. Tempat, artistik dan teknikal – itu semua hanya ‘ajinomoto’. Tanpa tiga perkara tunjang tadi, tiadalah apa yang dinamakan persembahan.

Dikhuatiri, naskah Teater Atas Pokok ini bertitik tolak pada soal sebatang pokok dan bagaimana hendak bermain di situ? Ini dibangkitkan kerana rujukan visual yang menjadi panduan ialah babak pembukaan filem Ong Bak. Jika soal “bagaimana hendak bermain di situ” diutamakan, maka persembahan itu akan menjadi persembahan bersandarkan teknikal semata-mata.

FB_IMG_1461126995210Ini berbeza jika kisah Kampung Banda Dalam diangkat menjadi titik persembahan. Jika benar mahu mengangkat perjuangan Kampung Banda Dalam, rujukan visualnya mungkin filem Avatar – di mana kita nampak sebuah kehidupan pada sebatang pokok yang berusia jutaan tahun. Kemudian, kehidupan ini dihapus-musnahkan oleh ‘pembangunan’.

Di sini, Dinsman telah men-sureal-kan Kampung Banda Dalam dengan menyatakan pokok Angsana itulah Kampung Banda Dalam.

Dan jika benar Kampung Banda Dalam ini protes terhadap ‘pembangunan’, kenapa mesti tekankan soal teknikal persembahan? Kan lebih baik jika persembahan ini mengambil suasana alam dengan akustik di situ (boleh dengar suara pelakon walau tanpa mikrofon) dan indahkannya dengan cahaya-cahaya dari unggun, jamung dan pelita-pelita gasolin supaya penonton tidak cedera pendengaran mereka dengan bunyi dengung elektrik yang keluar di peti pembesar suara, dan cedera penglihatan mereka dikaburi gas halogen yang terhasil dari cahaya lampu pentas.

Maaf cakap ya, persembahan Kompang, Kuda Kepang, pengambilan puisi-puisi Usman Awang dan Yassin Salleh serta tarian klasik Thai sebagai jalinan tidak menguatkan cerita perjuangan Kampung Banda Dalam! Kesucian Kampung Banda Dalam (pokok) tidak kelihatan kerana jalan cerita dan lakonan yang tidak meyakinkan, di mana pelakon hanya lebih seronok bergayut dan menunjuk kemahiran bahawa dia boleh panjat pokok sehingga ke pucuk.

Begitu juga dengan babak kerakusan ‘monsterkapitalis langsung tidak memberi impak bahawa mereka datang dengan rakus. Prop jentera kuning yang dianggap sebagai prop teater kanak-kanak itu tidak sesuai untuk cerita yang besar ertinya. Apa kata, gunakan jentera kuning sebenar dan datang hendak menumbangkan pokok itu (olok-olok, lah) – lihat apakah impaknya pada penonton. Pasti penonton akan membaling botol dan batu ke arah jentera kuning.

Jika Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) marah kerana lanskap taman mereka rosak, maka katakanlah: “nah inilah yang kami rasai apabila jentera kuning masuk dan merosakkan kampung kami” MBSA sebagai kerajaan tempatan patut turut merasai bagaimana rasanya tanah kampung dijejaki jentera kuning. Jangan hanya tahu bercakap sahaja seperti ahlul politik!

Tahniah Dinsman dan PAKSI kerana berani meng-hip-kan teater bentuk begini (teater persekitaran) dalam perkembangan teater tempatan. Kita dapat lihat maklumbalas seniman dan khalayak sudah berada di tahap mana pemikiran mereka, dan tahap itu rupa-rupanya sangat mengecewakan.


Kredit Foto:

Lena Farida Chin, Selangorkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: