Editorial Film & TV News

Aziz M. Osman Kembali Bikin Sekuel ‘XX Ray’ Dua Dekad Selepas ‘XX Ray II’

PENGEMBARAAN sains fiksyen yang merentasi ruang masa, kesan-kesan efek khas dan penjelajahan alam dimensi yang bercanggahan dari segi tamadun — jika anda peminat tegar genre filem seperti ini, maka bersiap sedia lah anda untuk XX Ray III.

Pengarah dan pelakon siri filem XX Ray sendiri, Aziz M. Osman, dilihat telah memuat naik poster teaser XX Ray III di akaun peribadi Facebook miliknya. Selain bergantung kepada kesan khas CGI, Aziz M. Osman amat menitikberatkan garis penceritaan dalam karya terbarunya ini.

Sekalipun sambungan filem XX Ray ini memakan masa lebih daripada 20 tahun, kami percaya ramai peminat tempatan masih lagi berminat dan sanggup menunggu kerana XX Ray pada suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena, bahkan dilihat sebagai revolusi terbaru filem negara.

xx ray
Poster teaser XX Ray III di akaun Facebook Aziz M. Osman.

XX Ray III adalah sekuel kepada filem XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995). Selain memaparkan Izzue Islam sebagai watak Rayyan, Aziz M. Osman dipercayai bakal membintangi sekali lagi filem XX Ray terbarunya.

Menurut sumber Astro Awani, filem ini telah pun bermula menjalani pengambaraan selepas Hari Raya tahun lepas. Tambahan lagi, XX Ray III bakal berkisar tentang kembara misi menyelamatkan bumi dan masalah kontemporari.

Selain XX Ray, Aziz M. Osman juga pernah popular dengan filem-filem arahannya yang lain seperti Leftenan Adnan (2000), Senario The Movie (1999) serta Puteri Impian (1997).

Ikuti sendiri perkembangan filem ini melalui laman sosial Instagram XX Ray III.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: